Pulau Songsong tempat menarik di Yan
Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah. Ia adalah salah sebuah pulau yang ada di persisiran pantai daerah ini. Pulau-pulau lain ialah Pulau Bunting, Pulau Telur dan Pulau Bidan. Pulau Songsong tidak berpenduduk dan tiada resort disediakan untuk pelancong bercuti. Walau bagaimanapun, pelancong masih boleh berkunjung untuk trip harian. Jika ingin bermalam, kelengkapan perlu dibawa termasuk makanan dan minuman. Tiada bekalan elektrik dan sumber air bersih. Namun bagi peminat alam semulajadi, keindahan pulau ini cukup menakjubkan dan berbaloi untuk dikunjungi. |
Bagaimana untuk ke Pulau Songsong ?
Jika anda ingin ke Pulau Songsong, terdapat beberapa jeti yang menyediakan pengangkutan bot iaitu Jeti Sungai Yan, Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang dan Jeti Tanjung Dawai. Perjalanan cuma mengambil masa lebih-kurang 25 minit sahaja dari mana-mana jeti kecuali Jeti Tanjung Dawai yang agak jauh. Pelancong yang ingin ke pulau ini perlu menempah lebih awal kerana perjalanan ke pulau bergantung pada cuaca dan air pasang-surut. |
Apa yang menarik disini?
Pulau Songsong masih kekal terpelihara tanpa pembangunan. Tarikan yang ada di pulau ini ialah alam semulajadi seperti pokok-pokok hutan, flora dan fauna serta coral yang terdapat di dasar laut. Selain itu, terdapat kawasan pantai yang unik dimana satu kawasan berpasir bersih yang agak luas cukup menarik untuk mandi laut manakala satu kawasan lagi berbatu dan cukup unik. |
Galeri Pulau Songsong
Bermalam di Tempat Penginapan
kehadiran pelancong luar ke DAERAH yan
gALERI PENGUNJUNG LUAR
Hak Cipta Terpelihara © 2018 Majlis Daerah Yan